Saturday, March 22, 2008

sejam dua bersama pkr

Letih pulang dari Maldives belum pun hilang, namun jemputan dari Kak N ke perjumpaan wanita PKR Shah Alam pada 8.30 malam tadi tidak sampai hati nak dihampakan. Kak N dan suami begitu setia dan komited menyokong perjuangan DSAI sejak 1998 lagi. Dalam pada itu juga terbayang-bayang raut wajah DUN Batu Tiga yang baru, YB Rodziah Ismail yang nampak ikhlas dan bersungguh-sungguh membicarakan perjuangan memberi harapan baru kepada rakyat.

Bertemankan SMZ (kawan sama kepala), kami sampai juga ke rumah Kak N tepat jam 9.00 malam. Hubby yang cadangkan kami pergi bersama, katanya kami 'gempak' bila berdua! Last kami jumpa sehari sebelum PRU-12 kerana tugas masing-masing yang sibuk menggila.

Saya rasa bertuah juga dapat berkenalan dengan sebahagian kepimpinan Wanita PKR Shah Alam yang diketuai oleh Dr Daroyah, doktor gigi di Seksyen 18. Saya dan SMZ participated quite well dalam sesi brainstorming untuk rancangan aktiviti wanita tersebut. Kami pulang dengan satu keyakinan lebih kukuh bahwa pemilihan rakyat melalui PRU di Selangor adalah keputusan paling tepat.

Terima kasih daun keladi kepada tuan rumah dan K Safiyah atas hidangan mee yang sedap malam tu!

2 comments:

busymum100 said...

First posting was 3 months ago. Takkan next posting pun i kena tunggu 3 bulan lagi?

Keep up your blogging :)

my page said...

heheh ... lepas x keje nanti 3 x sehari i post