Thursday, March 27, 2008

Pengajian Malaysia Post-EG

Sejak hampir setahun yang lepas, kini budak2 kolej dapat saman parking kereta di kawasan perumahan dekat kolej mereka di Subang Jaya. Kehairanan, mereka ke MPSJ dan dimaklumkan 'sejak lepas PRU-12, MPSJ akan pergiatkan kerja saman-menyaman ni'.

So, these students got their RM80 worth Pengajian Malaysia Post-EG lesson - punishment for not voting the BN. Suddenly teringat kata-kata Fuad Zarkashi semasa menjadi cikgu di Pantai Bharu 80an dulu "Demokrasi di Malaysia sebenarnya adalah keras dan basi". Sekarang sejak dah enak duduk kerusi pusing2 masih sama jugakkah definisi beliau?

Saturday, March 22, 2008

sejam dua bersama pkr

Letih pulang dari Maldives belum pun hilang, namun jemputan dari Kak N ke perjumpaan wanita PKR Shah Alam pada 8.30 malam tadi tidak sampai hati nak dihampakan. Kak N dan suami begitu setia dan komited menyokong perjuangan DSAI sejak 1998 lagi. Dalam pada itu juga terbayang-bayang raut wajah DUN Batu Tiga yang baru, YB Rodziah Ismail yang nampak ikhlas dan bersungguh-sungguh membicarakan perjuangan memberi harapan baru kepada rakyat.

Bertemankan SMZ (kawan sama kepala), kami sampai juga ke rumah Kak N tepat jam 9.00 malam. Hubby yang cadangkan kami pergi bersama, katanya kami 'gempak' bila berdua! Last kami jumpa sehari sebelum PRU-12 kerana tugas masing-masing yang sibuk menggila.

Saya rasa bertuah juga dapat berkenalan dengan sebahagian kepimpinan Wanita PKR Shah Alam yang diketuai oleh Dr Daroyah, doktor gigi di Seksyen 18. Saya dan SMZ participated quite well dalam sesi brainstorming untuk rancangan aktiviti wanita tersebut. Kami pulang dengan satu keyakinan lebih kukuh bahwa pemilihan rakyat melalui PRU di Selangor adalah keputusan paling tepat.

Terima kasih daun keladi kepada tuan rumah dan K Safiyah atas hidangan mee yang sedap malam tu!

Thursday, December 20, 2007

sugar


4-mth old Sugar sleeping on a tree